Bahan2:
3 peket tahu kering(dalam 15 biji)
8 ekor udang (potong halus2)
Daun bawang (hiris halus2)
Sedikit carrot parut halus2
Kacang panjang potong halus2
¼ biji bawang besar (potong dadu)
2 biji telur
Cara penyediaan:
1) Potong 1 sisi tofu kering tadi berbentuk +
2) Terbalikkan tahu menjadi ala2 bunga (kulit tahu di belah dlm, isi tahu di belah luar). Asingkan isi tahu yg diterbalikkan tadi untuk dibuat inti.
2) Buat inti, campurkan udang, kacang panjang, carrot, daun bawang, isi tahu, bawang besar.
3) Dalam bekas lain pukul 2 biji telur tadi dan masukkan garam secukup rasa & pepper4) Campurkan telur ke dlm bhn2 inti tadi dan gaul hingga rata. Rupenye mcm di bwh ni la tapi versi saya berselerak sket..hehe..(versi kali ni tak de kacang pnjg)

5) Ambik inti tadi dan masuk kan dalam tahu bunge tadi. Bile dah masuk make sure tekan2 sikit bagi padat.

6) Dah siap, bolehlah di masukkan dalam peti sejuk dulu dan selepas itu digoreng (kalau tak nak masuk peti sejuk, boleh jugak terus goreng).











0 comments:
Post a Comment