Pages

Ads 468x60px

Showing posts with label Religious. Show all posts
Showing posts with label Religious. Show all posts

Friday, July 27, 2012

= Back to Basic =

Sejuk hati dgr alunan2 zikir..

Astaghfirullah Rabbal Baraya..


Zikir penenang hati..


Zikir lazim..

Friday, July 20, 2012

= Ramadhan 2012 =

Buat kesekian kalinya..Ramadhan dtg lagi..diharap Ramadhan kali ini lebih bermakna & dpt menjalani ibadah puasa dgn sempurna & berkat..Kne tinggalkan la mende2 yg tak pekdah..Memperbanyakkan ibadah & percakapan yg baik..Dan yg plg penting kne EXTRA SABAR .InsyaAllah..biasala kan time bln pose perot lapar, nak2 user buat hal, lg la angin 1 bdn kn?..huhuhu..

Dan pd mereka/kwn2 yg menjalani ibadah puasa di tanah suci, slmt menunaikan ibadah puasa..sayu je rs..Especially bila teringat solat dpn kaabah...Smoge Allah limpahkan rezeki pd saya supaya dpt berkunjung ke sana lg =D...InsyaAllah..Semuanya hanya dgn izin-NYA..

Ok sempena bulan Ramadhan ni, nk mengurangkan aktiviti sosial fb la segala...baik buat benda yg lebih faedah krn bulan Ramadhan dtgnya hanya setahun sekali..Manfaat kan sebaik-baiknya..Bukannya puasa sekadar x sabar nk nunggu raya je..hehe =)..

Selamat Berpuasa...

Sunday, October 09, 2011

= Doa ketika Ditimpa Masalah =

Doa ini sesuai dibacakan ketika diri rasa gelisah atau stress akibat ditimpa pelbagai masalah.. Kdg2 bila ade masalah, manusia ni tlampau stress smpai rasa takde sape boleh bantu die..tp kite lupe yg kite perlu minta pada DIA yg memiliki segala2nya atas muka bumi ini..(Igtkn diri sniri jugak)..

Tipu lah kalau kata hidup ni sentiasa ceria happy je, kdg kala ade gk huru-haranya, jatuh bangunnye, sedih gelisahnye..tp bsyukur dgn ape yg ade sblm hilang.. =)

Wednesday, August 19, 2009

= Selamat berpuasa =

End of this week kite sume akan berpuasa. Just to wish all of my frens out there Selamat Berpuasa..Kpd kwn2 yg mengenali diriku(dlm ati ade tmn..cewah)nk mintk maap sekiranya ade buat slh silap,tersakitkn ati sengaja n tak sengaja, terbuat ape2 pon la..we are all human being yg xlari dr melakukan ksilapan..Smoge bln pose ni semua yg baik2 akan berlaku pd diri kite..Amin~..

P/s: kwn2 ku..buke pose same2 mst best...

Sunday, August 09, 2009

= Fasting Month =

Waa..xlama lg nak pose..22/23 hbln rsnye..ngee..hope tht bleh besabo time pose..kg ngntok je keje siang mlm..huhu..actually i don't understand why ms pose ngntok, kurg oksigen kah? apa kah?..huhu..

But what ever it is..Ia adalah kewajipan utk semua umat Islam..n Tarawikh yg xpnh ckup tu..ngee..the best part in fasting, is bukak pose..ehehehe..lauk pauk bermcm bagai di psr juadah...waaahh..irresistable gituh...perghh..x sabar pon ada..

Sempena bulan pose ni kite wat slot ala2 resipi berbuke..mst bes kn..heuueue..kpd sesiapa yg nk blaja memasak(including me aa) meh kite jenguk2 nanti..cr resipi bes..tunggu!~

p/s: kepada sesape yg xgnti pose tu jgn lupe gnti..hueuheu

Thursday, August 06, 2009

= Insulting =

Sangat kuang ajo owang Putih ni ek..Insulting Muslim...xPatot..xPatot..
See for yourself:
http://melayubest.blogspot.com/2009/07/propoganda-barat-lagi.html

Thursday, July 02, 2009

= Praying =
















Monday, June 22, 2009

= 10 AMALAN YANG TERBALIK =

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Friday, June 19, 2009

= Baca Al-Quran =

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaatyang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran " Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalahpemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat saturiwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dankeluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacakakan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antaradadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai akanpulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaanmengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidakakan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengansuara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang.

Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Danapabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!